Kitaran hidup diplontik Kitaran_hidup_(biologi)

Meiosis gamet

Dalam meiosis gamet, zigot tidak berpecah secara meiosis untuk menghasilkan sel haploid, sebaliknya berpecah sebagai mitotis untuk menghasilkan individu diploid yang multisel atau sekelompok sel diploid yang unisel. Sel-sel dari individu diploid kemudiannya menjalani meiosis untuk menghasilkan sel haploid atau gamet. Sel haploid boleh berpecah lagi (secara mitosis) untuk membentuk lebih banyak sel haploid, misalnya kebanyakan yis, tetapi fasa haploid bukan fasa kitaran hidup yang utama. Bagi kebanyakan diplon, mitosis hanya terjadi pada fasa diploid, iaitu gamet biasanya terbentuk dengan cepat dan bercantum untuk menghasilkan zigot diploid.

Dalam seluruh kitaran, gamet lazimnya merupakan satu-satunya sel haploid; mitosis lazimnya berlaku pada fasa diploid sahaja.

Individu multisel diploid dipanggil diplon, maka meiosis gamet juga dipanggil kitaran hidup diplontik. Diplon terdiri daripada: